Aku ikut rombongan cik kiah ke Pasar Kemboja.Kitorang bertolak dalam pukul 10.30 malam hari Jumaat dan dijangka akan sampai di Pasar Kemboja di Parit Buntar around 5 am. Nie adalah second trip. Tak dapat join trip before this sebab ada hal masa tu. Ada jugak org yg first trip join kali kedua. Diorang cakap best and nak shopping bebanyak kat Pasar Kemboja. Harga murah, tapi kualiti memang ok. Better dari Jalan Tar and Masjid Jamek.
Aku tak sabar nak sampai. Wawawa.. Around 12.15 am stop kat first rnr. Ahhhh, terasa lapar pulak perut. Cepatla smpi rnr yg ad jual makan bagai. Adeq manis lapar.. Hehe. Stop la kat rnr gopeng.. Waduhhhh.. Kenyang iols makan bihun sup. Terasa nikmat lg bila letak sambal kicap.. Hihi.. Pas makan, berdoa supaya tak saket perut.. Ahaks..
Pas siap mandi semua bagai, sampaila kitorang kat Pasar Kemboja around 7 am.. Pasar kemboja ni bukak sampai tghr je.. Kitorg masuk ikut jalan kampung, pintu belakang. Kat area belakang peniaga baru je nak bukak khemah bagai.otw jalan ke depan, nampakla kiri kanan peniaga panggil2 kitorang soh beli baju bagai. Aku , mak ak n adeq2 aku just survey harga je.sebab kitorg nak pegi breakfast dulu.. Fuhhh memang juling la bijik mata dok tengok kiri kanan. Timbunan baju, macam dalam kilang. Banyak yang teramat. First time nampak orang longgok pakaian yang teramat banyak. Kalah Jalan Tar and Masjid India.

Lepas juling bijik mata tengok kiri kanan, kitorg pun singgah kedai.. Lapar..Kat sini, ada banyak kedai or gerai makan. So, takyah la risau lapar ke apa ke. Ada satu kedai tu, org cakap sedap dia punya mi sup. tapi kitorg makan kat kedai lain. Katanya, nasi lemak di situ sedap. Ok. Kitorg try la. Aku order 2 makanan.. Nasi lemak and bihun sup. tamak giller. Dah alang- alang, jalan2 cari makan la. Kakak makan nasi lemak, baby makan kuey tiaw sup and ibu pulak makan mi kuah @ mi rebus. OMG.. Tak sedap laa.. Adeq aku yang kuat makan tu, tak habis makan. Memang pelik bin ajaib kalau diorg tak habis makan. Nasik lemak manis and sambal dia tak masak. Mi kuah mak aku pulak, mi lembik. Terlebih celur. Bihun sup dia, so so la. Makanan aku dua dua abez. Share ngan ibu. Ibu makan 2 3 suap je. Cian ibu. Pelik bila org ckp sedap. Hurmmmm maybe selalu sedap, tyme kitorg pulak tak sedap.. Cedeyyy

Tyme bayar, ad problem ckit. Rupanya, diorang tak betapa faham sangat bahasa melayu. Makcik tuwh banyak kali gosok gosok kepala.. Aiyakkk..
Masa tinggal lg 2 jam jew. Kelang kabut dok pusing dari satu kedai ke satu kedai..tengah dok menjelajah, perut ak wat hal plak.. Adoyai.. Dahla jauh nk g toilet. Kat jalan masuk td.jenuh patah balik.
Mak ak kol n ckp dia kat kedai jalan masuk bahagian depan sekali, sebelah kedai makan. Wahhh instant shawl dia, fuhhh buat mata aku juling. Lawa lawa n cantik2. Manik ckit harga rm25, manik banyak ckit harga rm35. Tapi, disebabkan mak ak beli banyak, dapatla diskaun. Rm25 jadi rm17,rm35 jadi rm27..
Nie antara pattern harga rm25. Beli more than 3 dapat harga rm18 sehelai. Beli lebih ckit lg, dapat rm17 sehelai.
Nie antara pattern harga rm25. Beli more than 3 dapat harga rm18 sehelai. Beli lebih ckit lg, dapat rm17 sehelai.
Nie antara pattern harga rm35. Beli more than 3 dapat harga rm28 sehelai. Beli lebih ckit lg, dapat rm27 sehelai.
Memang kaw2 harga dia bagi.. Aku suka aku suka. Ibu lagi suka. Ngeh2. Mana nak dapat weyy harga cenggini. Kat kl or jual online, mau rm35++ ..yang banyak manik mau rm45++.. So, memang jimat giller weyyy beli kat cnie..ada sorang makcik tuwh ajar kitorg 1 tip. Cakapla kita beli utk niaga. Jgn cakap beli utk pakai sendiri. Dapatla harga 17 n 27.. Klu yg beli sehelai dua, combine la ngan org laen. Yg baya sorg jew. Jadila banyak.. Da jimat..
Akak yang jual tuwh pown, friendly giller. Tyme tengah pilih2, dia ajak kitorg pergi belakang. Dia ckp kat belakang lg banyak pilihan. Memang banyak sgt. Dalam plastik bundle lg ok. Bukak n pilih jew dr mana2 plastik. Akak2 tuwh tak marah pown. Rasa best.. Dahlah siap buat demo lg cara nak pakai. Service dia memang tiptop la.
Antara blouse yg berjaya memikat hati.kain cotton dia best.Takdela labuh ,tutup punggung, juz nice. Klu ak pakai selua ketat, dapatla cover ckit. Rm20 jew sehelai ok.. Kat kl, memang tak dapatla ngan kualiti kain yg ok cengginih. Paling koman rm35 and above
Mak ak pusing cari baju utk kenduri abg nazrie 6.6 nie.. Ak pusing cari shawl. Aiyakk comey sumee.. Antara shawl yang menjadi milik ak.. Hehe
Skirt pown ad gak.. Sehelai rm18, 2 helai rm35, 3 helai rm50.. Pilihla nak jenis kain ap. sume ada. Klu yg jenis kembang2 tuwh plak yg tuck in baju ke dalam, rm25 sehelai.. Dress pown lelawa oiiii... Memang tak cukup masa nk shopping bagai.. Just grab mana yg berkenan. Tp ad gak yg berkenan tp tak sempat nk grab. Dah kol 10. Bas nk bergerak da.. Ak yg paling lambat.. Hurmmmm hanya Mampu pandang jewla. .. Wawawa. Next tyme, ak nk pergi lagi. Dah tahu dah mana kedai yg ok. Klu pegi lagi, terus tuju kedai.. Senang..










No comments:
Post a Comment