Pages

Saturday, December 31, 2016

Pengalaman Bercuti di Ho Chi Minh City dan Mui Ne 2016

Assalamualaikum and haiii

Alhamdulillah percutian 5 hari 4 malam ke Ho Chi Minh n Mui Ne, Vietnam pada 3-7 December 2016 dengan kekuatan anggota seramai 4 orang berjalan dengan lancar.


Actually nak pergi situ tak plan pun. Dia just pop up. Tanya ibu nak pergi Vietnam tak. Then ibu cakap nak. Aku terus survey flight. Ingat nak pergi berdua je. Sekali kawan mak aku pown nk join gak. So, 4 orangla join da trip. Aku, ibu, Cikgu Ros and Cikgu Som. Flight aku booked bulan 3. Return sorang 350 ++ exclude luggage.


Aku cari hotel kat booking.com . Tengok distance yang paling dekat dengan Ben Thanh Market and harga yang berpatutan. Tengok hotel femes yg selalu orang Malaysia pergi cam Saigon Pink 2 Hotel and Thanh Thu Hotel  takde la pulak bilik yang berkenan. Bilik max 4 orang tapiiii katil queen 1 and single 1. Cari punya cari, terjumpa la pulak hotel nie, Song Anh 3 Hotel. Tengok review pown ok, jarak dengan Ben Thanh Market pown 100m je. So apa lagi aku terus booked standard double room 2 bilik untuk 5 hari 4 malam.Total hangus USD 187.20 untuk 2 bilik. Aku kompem2 share bilik ngan ibu. Cigu Ros sebilik ngan Cikgu Som.Review pasal hotel leyh tengok di sini.


After baca pengalaman bloggers from Malaysia, Indonesia, Singapore and other countries, aku decided nak ambil tour ke Mekong Delta, Cu Chi Tunnel and Mui Ne. Aku tengok tak ramai Malaysian yang pergi Mui Ne. Maybe sebab distance dari Ho Chi Minh ke Mui Ne 5 jam pergi and 5 jam balik. Aku tengok gamba kat sana cantik weyyy. Mui Ne terkenal dengan padang pasir. Sesiapa yang pergi sana, akan dibawa ke 4 tempat femes ames nie.
  • White Sand Dunes
  • Red Sand Dunes
  • Fish Village
  • Fairy Stream
1 month before pergi, aku pulun baca pengalaman orang lagi. Confused nak book tour dari sini or amek kat sana je. Nak pergi Mui Ne ke tak. Kang mana taw otw ke Mui Ne kena jual ke.. hehe. Survey punya survey, aku amek semua pakej tour kat Mrs. Khanh. Murah and based on review service dia bagus. Aku wassap dia and story mory aku punya plan kat sana. Dia pown siap bagi suggestion lagi. To summarize, nie pakej yg aku amek from Mrs. Khanh

1.
Airport transfer               
  • Airport – Hotel
  • Hotel - Airport


USD 12 ÷ 4 orang = USD 3
USD 8   ÷ 4 orang = USD 2
TOTAL = USD 5
2.
Mekong River
USD 10
3.
Cu Chi Tunnel
USD 11
4.
Mui Ne (include bus ticket pergi and balik,budget hotel 1 night,tour by jeep)

USD 34
TOTAL
USD 60

 2 days before flight, aku remind Mrs. Khanh. Confirmkan balik harga n tour yg aku amek. Based on this blog, aku plan amek pakej tour ke Mui Ne half day n tengok sunrise. Rasa cam membazir masa pulak kalau aku tengok sunset. Suppposed naik bas ke Mui pukul 8 malam hari ketiga. Sekali Mrs. Khanh wassap tak boleh. Bahaya, gelap. Dia arrangedkan naik bas pukul 5 petang. Aku on jela. Tempat orang.

x

Wednesday, December 28, 2016

Kahwin kahwin dan kahwin

Aku ngah baring layan fon..  Tetiba ibu cakap ibu umur cam yong dah ada 2 anak.. 
Ermmmm aku speechless..  Haha..  Adoiiiii..  Ibu ni..  Tyme camnie la nk cakap pasal kaeen bagai. 

Aku pown cakap, aikkk mana ada ibu ada 2 anak.  Ibu dapat anak kedua masa umur ibu 28.. Aku baru 25 taon nak masuk 26..

Ibu cakap sebelum yong kan ada lg sorang. Gugur.  Oooops lupa pulak.. Ibu pesan kalau orang dah suka, terima je.  Jangan memilih..  

😁


Cam biasa bila topik ni timbul , aku cakap aku tak sedia la, zaman sekarang tak kisah kawen lambat, n bla bla bla.. 

Kawen sapa taknak weyyy.. Belom sampai masanya lg..

Saturday, August 20, 2016

Bila terlalu berharap

Sebagai manusia yang normal, kita takkan terlepas daripada perasaan berharap. Disebabkan aku ni normal, aku pun tak terlepas daripada perasaan tu.Orang selalu cakap jangan terlalu berharap, nanti kita akan sakit. Sakit hati, sakit badan. Kita akan kecewa.


Aku bukanlah jenis terlalu berharap. Terlalu menaruh harapan. Maybe sebab dah pernah terkena, so aku mengambil langkah berjaga-jaga. Sakit weyyy bila frust menonggeng. 
Tapiiii, dalam berjaga-jaga aku terkena jugak. Bila aku tak terlalu mengharap, aku mesti dapat. Tak kira cepat atau lambat. Tapiiii, bila aku terlalu berharap, well-prepared and confident habis, aku tak dapat. Pffffft !!

Bila apa yang aku harapkan tak menjadi, berenanglah aku ke dalam lautan. Biasanya aku akan react mcm takde pape berlaku. Aku senyum and tersengih je. Once dah sampai rumah or dah masuk kereta, memang automatic merembes air mata keluar non-stop.
Kekadang sampai separuh hari. Sekali dah menangis memang susahlah nak stop.

Bila dikawal emosi, setiap perbuatan dan tindakan yang dibuat di bawah paras sedar. Aku akan jadi mcm zombie. Jasad ada tapi soul tu takde.. Haha. Bila dah reda, dah ok, aku akan tido. Bila bangun tuwh, still rasa sedih lagi . Hehe. Time tu aku akan fikir hikmah disebalik benda yang berlaku. Allah tak akan uji hamba-Nya kalau kita tak mampu.

Akan ada yang terbaik untuk aku. Cuma cepat dan lambat.



La Tahzan. Innallaha ma'ana

Thursday, June 02, 2016

Gigi Bongsu

Dulu buat endah tak endah je bila org cita pasal gigi bongsu. Alah.. Setakat tumbuh gigi. Apa cita nak kecoh-kecoh sangat.Now, bila dah tumbuh n terasa sakit barulah melilau menggoogle pasal gigi bongsu. Gigi bongsu bawah belah kanan ak nie tumbuh tapi tak membesar dari last year lagi. Dari last year jugakla ak menahan sakit gigi setiap bulan.

Hari Isnin ak pegi klinik, check gigi. Ingatkan boleyh la proceed cabut.  After check, doktor suruh pegi hospital. Buat xray n appointment doktor. Disebabkan aku pergi petang, sempat xray jela. Appointment doktor kena datang balik hari Khamis. Appointment kat Klinik Bedah Mulut leyh buat hari Isnin, Khamis n Jumaat je.

Hari ni, terpacakla ak kat hospital. Berdebar gak. Ingatkan amek appointment je. Sekali kena jumpa doktor. Nurse gtaw sama ada kena cabut terus or next time.Bila turn ak, perasaan neves tuwh memang tak terkata. Memang tak ready nak cabut.Doktor tunjuk xray gigi ak. Doktor cakap, gigi ak boleh cabut biasa. Tapi ada probability kena buat surgery. Kena belah gusi cam ak tengok kat youtube tuwh. Hopefully boleyhla cabut biasa. Taknakla surgery bagai nie. Cuak ak. Pastuwh, doktor cakap kena cabut jugak gigi bongsu kanan belah atas. Doktor bagi option. Nak cabut sekaligus or cabut kendian. Dah sudah. Serabot ak jadinya.

Gamaknya doktor nampak muka aku serabut, dia pown cakap  takyah decide sekarang. Nak cabut nanti baru gtaw sama ada ak nak cabut bawah sahaja or bawah n atas. Doktor cakap, kalau tak cabut, gigi atas akan turun. Rasa sakit bila berlaga ngan gusi bawah, coz gigi tuwh dah kena cabut. Tak cabut serentak pown takpe. Tapi lambat laun, ak kena cabut gak. Doktor nie best, friendly. Suka. Siap tanya lagi kalau ada pape yang ak nk tanya. Maybe ak banyak tanya kowt tadi.. Hehe.. First tyme weyhhh nk cabut gigi kat klinik mau x gementar.

Aku cabut gigi Rabu depan. Berdoa takyahla surgery bagai. Still dilema nk cabut atas sekali or bawah je.. Wawawawa. 😭😭😭 ..

***Doktor cakap gigi bongsu belah kiri ak pown akan alami benda yang sama cam gigi ak sekarang nie. Doktor cakap gigi tak tumbuh lagi. Kalau gigi tuwh nanti tak membesar tapi tak sakit, takyahlah buang. Tapiiii, kalau sakit, kena buangla cm sekarang nie. Owhhh noo.. Berpeluh ak dengar. So far gigi tak nampak. Tapi, kalau pegang, rasala tajam gigi. Hurmmm.. Kalau sakit jugak, memang sume gigi bongsu aku kena cabutla.

***Gigi tak membesar sebab tak cukup ruang. Rahang tak cukup besar nak tampung gigi

Demam again n again

Demam balik. Donno y, tetiba ak muntah n cirit birit. Jadi balik cam minggu lepas. Wawawawa 😭😭😭..  Nie mesti kes gastric. Ak tak breakfast pown. Then, terus lunch. Padahal pagi tadi memang dah rasa tanda-tanda gastric. Perut sebab n rasa tak selesa. Tapi wat bodoh je. Lunch ibu masak ketam kari.. Memang layanla. Gamaknya pedas, tuwh yang ak tak tahan.

Da selesai lunch, a few minutes kendian, ak rasa nak muntah. Kepala da pusing. Automatic ak start lembik. Dah sudah. Ak terus baring. Cam biasa kalau gastric, ak mesti kena kosongkan perut. Kalau tak, selagi tuwh la aku menanggung sengsara. Tapi, sayang nak muntah.. Haha.. Bengong

Last last, dah tak tahan memang ke toilet la jawapannya. Muntah. Fuhh.. Lega rasa. Kurang dah berpeluh. Tapi sekejap je lega. Pastuwh, ak rse nk muntah lg. Muntah la second round. Ak kosongkan perut sekosong-kosongnya. Diz tyme, memang betol2 lega.

Ak tak larat nk cari minyak angin. Aku nampak minyak yuyi cap limau Keysha punya. Ak bedal la sapu tak ingat dunia. Ak ingat minyak tuwh tak panas. Minyak baby takkanla panas sangat. Sekali panas gila weyhhh. Libang libu aku menahan. Dia rasa sejuk berangin. Jenuh menahan. Basuh kang, lagi sejuk. Redha jela. Ak dah cam parkinson dok goyang kaki menahan. Adeq ak 2 orang tuwh gelak tengok ak. Haha..

Malam tuwh, baru ak makan ubat. Ubat klinik minggu lepas tak jumpa. Makan panadol je la. Ikutkan hati malas nk makan ubat nie. Tapi memikirkan nak keluar, kenalah makan ubat. 😬😬😬.